Senin, 13 April 2009

Kata Ganti Nama dalam Interaksi Sosial : Analisis Sosiopragmatik terhadap Perubahan Perilaku Tutur Etnik Minangkabau Modern

Oleh : Dra. Hetti W. Triana, M.Pd

Most of the discussions done on Malay pronouns stopped at form, meaning and usage in interaction either in pragmatics or sociolinguistics. Thus this study tries to explore on how pronouns function and is utilissed by modern Minangkabau ethnic in social interaction among friends. Interestingly, the analysis of pronouns is observed from age and gender variables. Data is collected through ethnographic approach, by means of observation, interview, and ethno-pragmatic. Analysis is done qualitatively using socio-pragmatic paradigm. Results show that pronouns used in social interaction among friends in modern Minangkabau ethnic have form, and function with variations. Basically, the variations have been set by the social aspect of the participant especially on age and gender concerned.

Kebanyakan perbincangan kata ganti nama Melayu yang telah dilakukan terhenti setakat bentuk, maksud, dan penggunaannya dalam perbualan, baik daripada sudut pandang pragmatik mahupun sosiolinguistik. Kajian ini mencuba untuk meneroka bagaimana kata ganti nama beroperasi dan dioperasikan oleh etnik Minangkabau moden dalam interaksi sosial sesama rakan dan menjadi lebih menarik ketika analisis kata ganti nama ditinjau daripada angkubah usia dan jantina. Data dikumpulkan dengan mengikut kaedah etnografi, iaitu pemerhatian, temu bual, dan etnopragmatik. Analisis dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan paradigma sosiopragmatik. Dapatan menunjukkan bahawa kata ganti nama yang digunakan dalam interaksi sosial sesama rakan di kalangan etnik Minangkabau moden memiliki bentuk dan fungsi yang bervariasi. Kebervariasian tersebut pada asasnya sangat ditentukan oleh aspek sosial pemerannya, terutama aspek usia dan jantina pemeran. Dengan melanjutkan analisis sosial, berdasarkan andaian asas dalam kebanyakan teori tentang perubahan budaya (Saville-Troike 1989) dan disokong oleh dapatan Eckert (1997) dapat dirumuskan perubahan perilaku tutur etnik Minangkabau Moden.


Key words: pronoun, social interaction, socio-pragmatics, ethnographic, Minangkabau

I. PENDAHULUAN

Kajian yang serius tentang kata ganti nama, kata panggilan, dan kata sapaan Melayu telah banyak dilakukan, antaranya oleh Amat Juhari (1989), Nik Safiah (1992), Ayub (1993), Moussay (1998), Nor Hashimah (1994), Sumalee (1994), Nor Hashimah et.al. (2002), Kasih (2004), dan Zaitul Azma (2006). Berdasarkan dapatan kajian tersebut dapat disimpulkan bahawa kata ganti nama merupakan unsur leksikal yang pada asasnya berkait rapat dengan aspek sosiobudaya, sebagaimana dinyatakan oleh Nik Safiah (1992: 93) bahawa ”... kata-kata ganti yang digunakan oleh seseorang kepada seseorang itu dapat menggambarkan kedudukannya berbanding orang yang dilawan bercakap....” dan ditegaskan oleh Nor Hashimah et.al. (2002: 225) bahawa penggunaan KGN sangat dipengaruhi oleh faktor budaya. Justeru itu, kata ganti nama perlu mendapatkan pemerhatian dalam kajian pertuturan Melayu.

Sesuai dengan tajuk di atas, maka perbincangan pada kajian ini difokuskan kepada kata ganti nama yang digunakan oleh etnik Minangkabau sebagai salah satu etnik Melayu yang tinggal di pantai Barat pulau Sumatera, Indonesia. Perbincangan dibahagi kepada lima bahagian, iaitu konsep kata ganti nama, kaedah penyelidikan, sosiobudaya etnik Minangkabau, penggunaan dan fungsi kata ganti nama di kalangan etnik Minangkabau, dan perubahan perilaku tutur di kalangan etnik Minangkabau moden.


II. KONSEP KATA GANTI NAMA


Perbincangan kata ganti nama dalam realitinya sering digunakan secara bertindan dengan kata panggilan atau kata sapaan. Penggunaan yang demikian dapat disemak dalam berbagai-bagai tulisan, seperti pada huraian Abdul Syukor et.al. (2003: 90), ”... jika hubungan dari bawah ke atas, misalnya ..., hubungan ini hendaklah menggunakan kata ganti nama encik, tuan, puan, dan cik. Bagi murid pula haruslah menggunakan panggilan cikgu apabila berkomunikasi dengan gurunya.”

Realiti yang demikian terjadi kerana penggunaan kata ganti nama sememangnya berkait rapat dengan bentuk-bentuk panggilan oleh sebab ada kalanya bentuk-bentuk panggilan mengambil alih bentuk kata ganti nama. Pengambilalihan bentuk kata ganti nama tersebut terajadi kerana ingin menghormati atau memuliakan seseorang (Nik Safiah 1992: 93-94).

Menurut Asmah (1980: 65), kata ganti nama adalah kata yang berdiri di tempat kata nama, yang boleh berfungsi sebagai subjek dan objek pada suatu ayat. Asmah (1980: 65) membahagi kata ganti nama kepada tiga subgolongan, iaitu KGN, ganti nama penunjuk, dan ganti nama tanya. Asmah (1980: 65) juga menyebutkan bahawa selain dari segi nahu, ganti nama diri manusia boleh dilihat dari segi penggunaannya dalam konteks sosiolinguistik yang meliputi taraf sosial para pengguna bahasa, darjah rapat tidaknya hubungan, suasana persekitaran, dan judul yang dipercakapkan.

Ayub et.al (1993: 98) memperkatakan bahawa kata ganti nama dalam bahasa Minangkabau dapat dibahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk kata ganti nama yang berkaitan dengan kata nama dan bentuk kata ganti nama yang didasarkan kepada acuannya, mencakupi bentuk takrif dan taktakrif. Ayub (1993: 98) menambahkan bahwa kata ganti nama tersebut dibezakan lagi menjadi kata ganti nama orang pertama, kedua, dan ketiga.

Moussay (1998: 179) menggunakan istilah ”acuan persona” untuk menunjuk orang yang bercakap, orang yang diajak bercakap atau orang yang dipercakapkan. Pemilihan istilah ini disebabkan kerana sememangnya di kalangan etnik Minangkabau, kata-kata itu selalu dipilih dengan mempertimbangkan lawan tutur, usia lawan tutur, jantina, fungsi pemeran, hubungan antar pemeran, perasan yang mengikat pemeran, dan topik tuturan (Moussay: 1998: 180).
Apabila dikaitkan dengan peranan yang diemban oleh kata-kata yang digolongkan oleh Moussay (1988) sebagai ”acuan persona” itu dalam tuturan etnik Minangkabau, maka sememangnya kata-kata tersebut berperanan sebagai kata yang menggantikan nama. Akan tetapi, bentuk kata yang menggantikan nama itu selalu disesuaikan dengan situasi penggunaannya.

Dari definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa kata ganti nama sememangnya adalah kata yang menggantikan nama. Sesuai dengan fenomena penggunaan kata ganti nama di kalangan etnik Minangkabau, maka konsep kata ganti nama dalam kajian ini mengacu kepada kata-kata yang menggantikan nama yang digunakan pada manusia, mencakupi kata ganti nama khas dan kata yang mempunyai acuan, sama ada sebagai orang pertama, kedua, mahu pun ketiga.

III. KAEDAH PENYELIDIKAN


Penyelidikan ini mengambil masa tiga bulan, iaitu Mei-Julay 2007 dengan durasi waktu 4-5 jam dalam satu hari. Pengutipan data ditumpukan kepada tindak tutur menolak di kalangan etnik Minangkabau. Data dikutip pada situasi informal dengan fokus perbualan spontan yang berlangsung di tempat-tempat umum dalam domain persahabatan (friendship). Data dikutip dengan menggunakan alat rakam dan perlengkapan tulis sebagai alat catat. Mengikut latar dan situasi penyelidikan yang demikian, penyelidik sentiasa selalu membuat catatan lapangan, yang meliputi catatan deskriptif dan catatan reflektif. Guna mencapai matlamat kajian, maka data penyelidikan ini dikutip dengan menggunakan tiga teknik pengumpulan data berdasarkan kaedah etnografi pertuturan, iaitu teknik pemerhatian dan pemerhatian ikut serta, teknik temu bual, dan teknik etnopragmatik, sebagaimana yang dikemukakan oleh Saville-Troike (1989: 121-130). Penyelidikan ini menggunakan paradigma sosiopragmatik yang dikembangkan dengan pendekatan pragmatik dan etnografi pertuturan. Dengan merujuk kepada pandangan Geertz (1983), Bogdan dan Biklen (1982), Spradley (1980), Hymes (1972) dan Saville-Troike (1982, 1989) serta menyemak kedua-dua pendekatan kajian yang dipilih, maka analisis kualitatif dilakukan dengan tahapan berikut: (1) menstranskripsikan dan mengendalikan data tuturan, (2) mendeskripsikan catatan lapangan, (3) mengenal pasti peristiwa tutur, (4) melakukan analisis internal tuturan, (5) menemukan hubungan antara aspek tuturan, menganalisis kesantunan, dan (6) merumuskan perubahan sosial yang berlaku di kalangan etnik Minangkabau moden.



IV. SOSIOBUDAYA ETNIK MINANGKABAU


Adat Minangkabau mengatur perilaku masyarakatnya, sama ada secara individual mahupun kolektif, berdasarkan budi pekerti yang baik dan mulia, (Hakimy 1997: 13). Budi adalah kesanggupan merasakan perasaan orang lain yang dirasakan kedalam diri sendiri. Dengan budilah pertelingkahan antara sesama manusia boleh dijauhi, sebagaimana pepatah mengungkapkan “Utang ameh buliah dibaia, utang budi dibao mati” (Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati). Ertinya, budi pekerti memperoleh tempat utama dalam adat Minangkabau dan menjadi asas dalam menjalankan kehidupan, termasuk kehidupan berbahasa, demi terwujudnya hubungan baik antara sesama manusia, sebagaimana pepatah mengatakan “Nan kuriak kundi, nan indah sago, nan baik budi, nan indah ba(ha)so” (Yang kurik kundi, yang indah saga, yang baik budi, yang indah ba(ha)sa).

Realiti sosial juga menunjukkan bahawa etnik Minangkabau adalah etnik yang mempunyai adat budaya yang kukuh. Kekukuhan itu dapat dibuktikan melalui sejarah kehidupan Minangkabau sebagaimana dilukiskan dalam pameo “kompani babenteng basi, Minangkabau babenteng adaik” (penjajah berbenteng besi, Minangkabau berbenteng adat). Kekukuhan adat tersebut juga terlihat melalui sikap etnik ini terhadap adat budaya yang diwariskan oleh nenek moyangnya, sebagaimana diungkapkan dalam mamangan “indak lapuak dek hujan, indak lakang dek paneh” (tidak lapuk kerana hujan, tidak lekang kerana panas) dan boleh dibuktikan melalui kesetiaan etnik ini akan warisan budaya wujud dalam kehidupan berbahasa meskipun hidup dalam kebersamaan dengan etnik yang pelbagai.

Sungguh pun demikian, masyarakat Minangkabau adalah masyarakat yang dinamik. Kedinamikan etnik Minangkabau tersirat melalui falsafah yang dianutnya, iaitu “Alam takambang manjadi guru” yang bererti bahawa seluruh kehidupan sosial etnik Minangkabau berpandukan kepada sifat-sifat alam. Alam tidaklah sesuatu yang kekal, melainkan selalu berubah sesuai dengan perubahan manusia yang berada di dalamnya. Falsafah ini diperkuat oleh pepatah “sakali aia gadang, sakali tapian barubah” (sekali air besar, sekali tepian berubah) yang pada asasnya menunjukkan bahawa etnik Minangkabau menganut perubahan jauh sebelum era global diperbincangkan (Sjafnir 2006: 23-24). Mereka adalah etnik yang ‘open minded’, bahkan, menempatkan perubahan sebagai suatu hal yang maha penting (Esten dalam Yunarti dan Kasih 2002: 73). Selain perkara di atas, kedinamikan etnik Minangkabau pada asasnya juga berkait rapat dengan sifat sosial etnik Minangkabau, iaitu amalan merantau. Wujud amalan etnik Minangkabau tersebut dinukilkan Hakimy (1997: 32) pada petitih “Sakali aia gadang, sakali tapian baranjak, sakali musim batuka, sakali caro baganti, nan adaik barubah tidak ( Sekali air besar, sekali tepian berubah, sekali musim bertukar, sekali cara berganti, yang adat berubah tidak).

Huraian di atas memperlihatkan bahawa etnik Minangkabau adalah etnik yang mempunyai prinsip adat yang kuat. Adat Minangkabau tidak akan berubah. Namun, adalah perkara yang lazim apabila terjadi variasi dalam praktiknya sesuai dengan konteks situasional. Ertinya, keteguhan kepada adat budaya tidaklah menyebabkan masyarakat Minangkabau menjadi statik, tetapi mereka adalah masyarakat yang dinamik. Dalam kajian ini, kedinamikan itu boleh dilihat melalui penggunaan kata ganti nama.




V. PENGGUNAAN DAN FUNGSI KATA GANTI NAMA DI KALANGAN ETNIK MINANGKABAU

Sebelum menjelaskan bagaimana KGND dioperasikan dan beroperasi terlebih dahulu dikemukakan KGND yang digunakan dalam domain persahabatan di kalangan etnik Minangkabau. Berdasarkan leksikonnya, KGND yang digunakan oleh etnik Minangkabau dapat dibahagi kepada dua, iaitu KGND khas (bentuk dan peranannya adalah KGN) dan KGND binaan (bentuk lain, tetapi peranannya sebagai KGN). KGND binaan dibina daripada pelbagai jenis kata, iaitu: istilah kekerabatan, gelar adat/agama, gelar akademik, sapaan umum, kata sifat, nama haiwan, nama buah, dan nama benda. Kedua-dua KGND dapat disemak pada Jadual 1 dan Jadual 2.

Jadual 1 KGND dalam domain persahabatan etnik Minangkabau

NO KGND Kategori KGND Umur Jantina Variasi Jarak Sosial
I II III T M L P TA KA A
1. Aden V v v v v Denai, den v V v
2. Aku V v v v v Ku, agu, gu v
3. Ambo V v v Mbo v V v
4. Awak V v v v v v Wak , awaktu v V v
5. Ang v v v v v Diang, waang V v
6. *Ana V v v v
7. *Gua V v v *Gue V v
8. *I V v v V v
9. Saya V v v v v v
10. Urang V v v v v Rang, Urang-urang v
11. Kami/kito V v v v v v Kita v V v
12. *anti V v v v v v V v
13. *Lu v v v V v
14. *You v v v V v
14. Kau v v v v Kamu v
15. Inyo v v v v V v

Kunci Jadual 1:
Tanda *: KGND serapan
Tanda v : digunakan untuk atau digunakan oleh
Singkatan Jantina: L = lelaki, P= perempuan,
Singkatan Jarak sosial:TA=tidak akrab, KA=kurang akrab, & A= akrab
Jadual 2 KGND Binaan Etnik Minangkabau

NO Yang Menempati KGND Kategori KGND Umur Jantina Variasi Jarak sosial
I II III T M L P TA KA A
1. Istilah kekerabatan:
Apak
Ibuk
Etek
Angku
Abang
Uda
Uni
Upiak
Buyuang

v
v


v
v
v


v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v



v
v

v
v
v
v
v
v
v


v
v

v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v

Apak tu, apak-apak,
Ibuk, ibuk-ibuk

Atuk, gaek,inyiak

Uda-uda
Uniang, uni-uni
Piak** upiak banun**
Yuang**

v
v

v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
2. Gelar adat /agama
Datuak
Penghulu
Malin
Ustad
Buya
Haji




v
v
v
v
v
v




v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v


v
v
v
v
v
v

Tuak, atuak






v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
3. Gelar akademik v v v v Prof, Doktor, Master v
4. Kedudukan/
Kerjaya v v v
v v Dekan, ketua, boss, guru, mandan, tukang. v
5. Jantina :
Padusi
Laki-laki

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Padusi-padusi
v
v
v
v
v
v
6. Sapaan Umum:
Ampuang
Kawan
v
v
v


v

v
v

v
v

v
v

v
v

Mpuang
Kawan-kawan, *Frends




V

v
v
7. Kata sifat
Gapuak
Paota
Pancameeh
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Si gapuak, puak
Si paota
Si pancemeeh
v
v
v
8. Nama haiwan***
v v v v v Ulek bulu, ulek pinang, ula, baluik, kapuyuak. v
9. Nama buah*** v v v Kapunduang v
10. Nama diri V v v v v v Ani, Adi,Ndre, v v V
11. Gabungan v v v v v v Pak Dekan, Buk Sis, Pak datuak, Pak Haji, Pak ustad v
v V
V v
v
Kunci Jadual 2:
Tanda** : digunakan oleh pada situasi tertentu.
Tanda***: digunakan oleh golongan nonintelektual
Tanda v dan singkatan sama dengan kunci Jadual 1

Merujuk kepada Jadual 1 dan Jadual 2, dapat diketahui bahawa dalam domain persahabatan di kalangan etnik Minangkabau digunakan KGND yang bervariasi, terutama pada KGND orang kedua. Praktik yang serupa itu lebih disebabkan oleh faktor keterlibatan pemeran dan topik pembicaraan, di samping adanya kecenderungan melesapkan salah satu KGND, utamanya subjek, dalam penolakan. Dapatan juga menunjukkan bahawa kadang-kadang etnik Minangkabau melesapkan KGND dalam menolak rakan guna meminimalkan kelangsungan tuturan.

Dapatan menunjukkan bahawa di kalangan etnik Minangkabau penggunaan KGND selalu mempertimbangkan status sosial Selain status sosial, KGND juga dioperasikan dengan mempertimbangkan jantina, jarak sosial, dan situasi tutur. Justeru itu, penggunaan KGND di kalangan masyarakat Minangkabau sangat berimplikasi terhadap kesantunan. Merujuk kepada Jadual 1 dan Jadual 2 dapat dijelaskan penggunaan KGND khas dan KGND binaan.

(1) KGND khas

KGND khas pada asasnya lebih banyak digunakan oleh golongan usia muda dibanding golongan usia tua. Apabila dibandingkan dengan KGND binaan, maka KGND khas kurang acap digunakan dalam perilaku menolak etnik Minangkabau. Penggunaan KGND khas tersebut dijelaskan sebagai berikut.
a. KGND aden boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Akan tetapi, dalam praktiknya, aden lebih lazim digunakan oleh lelaki. Dapatan menunjukkan bahawa KGND aden sangat jarang digunakan oleh perempuan golongan usia tua, tetapi aden digunakan oleh perempuan golongan usia muda. Aden dinilai agak kasar bila digunakan oleh perempuan.
b. Aku adalah KGND yang juga boleh digunakan oleh sesiapa. Dalam praktiknya, aku jarang digunakan, kecuali bila dalam konteks bahasa Indonesia atau kumpulan yang sememangnya menggunakan aku sebagai wujud pengaruh dialek.
c. Ambo adalah KGND yang dinilai sopan untuk etnik Minangkabau. Namun, dapatan menunjukkan bahawa dalam perilaku menolak ambo hanya digunakan oleh perempuan golongan usia tua.
d. Awak digunakan untuk kategori I tunggal atau jamak. Awak digunakan oleh sesiapa sahaja. Awak dinilai sebagai KGND yang sopan. Penggunaan KGND awak dimaksudkan sebagai upaya penutur untuk mendekatkan diri kepada lawan tutur. Selain itu, penggunaan awak pada asasnya merupakan pernyataan bahawa penutur dan lawan tutur termasuk dalam kumpulan yang sama.
e. Ang digunakan untuk menyatakan orang kedua (lawan tutur). Ang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Akan tetapi, dalam praktiknya, golongan tua menggunakan ang kepada rakan lelaki yang usianya lebih muda, sedangkan golongan usia muda menggunakan ang kepada rakan yang sebaya. Bahkan, perempuan golongan usia muda juga menggunakan ang kepada rakan perempuan sebayanya.
f. Ana, gua, dan I merupakan kategori KGND I yang berupa serapan dari bahasa lain. Ketiga-tiganya hanya digunakan oleh perempuan golongan usia muda. Ana dan I lebih digunakan oleh kumpulan tertentu iaitu ahli kumpulan tusyen, hli kumpulan pengajian, atau ahli kumpulan program.
g. Saya merupakan KGND I yang boleh digunakan oleh sesiapa ketika beralih kod atau bercampur kod (dalam konteks berbahasa Indonesia).
h. KGND urang dan rang digunakan untuk kategori I, sedangkan urang-urang digunakan untuk menyebut kategori ketiga jamak. Penggunaan KGND ini terhad pada kumpulan yang akrab.
i. Kami/ kito digunakan sebagai kategori I jamak oleh sesiapa sahaja. Penggunaan KGND kami/ kito dinilai santun, sama ada oleh golongan usia tua mahu pun muda.
j. Anti, lu, dan you hanya digunakan oleh perempuan usia muda untuk kategori II. Penggunaan ketiga-tiga KGND ini sama dengan KGND ana, gua, dan I.
k. Kau merupakan KGND yang lazimnya digunakan sebagai kategori II untuk perempuan, sedangkan kamu digunakan untuk merujuk lelaki atau perempuan dalam konteks berbahasa Indonesia. Kau dinilai kasar atau tidak santun.

(1) KGND binaan

Dapatan menunjukkan bahawa KGND binaan lebih dominan digunakan dalam perilaku menolak etnik Minangkabau, utamanya yang KGND yang dibina daripada istilah kekerabatan. Berikut akan dijelaskan penggunaan masing-masing KGND binaan.
a. KGND yang dibina dengan istilah kekarabatan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, akan tetapi dalam perilaku menolak KGND jenis ini cenderung digunakan oleh golongan usia tua. Apak, angku, abang, uda, dan buyuang merujuk kepada rakan lelaki, sedangkan ibuk, etek, uni, dan upiak merujuk kepada perempuan. Golongan usia tua menggunakan apak, ibuk, uda, abang, dan uni sebagai kategori I kepada lawan tutur yang lebih muda dan sebagai kategori II kepada rakan sebaya atau kepada rakan kerjaya/organisasi yang usianya lebih tua. Buyuang dan upiak digunakan oleh golongan usia muda untuk menolak rakan sebayanya ketika suasana marah.
b. KGND yang dibina dengan gelar adat/agama digunakan oleh golongan usia tua kepada rakan kerjaya ataupun rakan seorganisasi. Khusus KGND datuak, penghulu, dan haji digunakan hanya oleh rakan sebaya atau dari yang usianya lebih tua kepada yang lebih muda.
c. KGND yang dibina melalui gelar akademik hanya lazim digunakan untuk menolak rakan atau kepada rakan yang usianya lebih muda dalam suasana santai.
d. KGND yang dibina oleh perkataan yang menunjukkan kedudukan ataupun kerjaya lazim digunakan kepada rakan sebaya dalam suasana santai.
e. Padusi dan laki-laki merupakan KGND kategori III yang digunakan oleh penutur dalam memberikan alasan kepada rakan sebayanya.
f. KGND yang dibina dengan kata sapaan umum lazim digunakan oleh sesiapa yang akrab. KGND ampuang yang bererti rakan sekampung dan kawan yang bermaksud satu kumpulan cenderung digunakan kepada rakan sebaya atau pun rakan yang akrab. Friends dalam perilaku menolak hanya digunakan oleh golongan usia muda kepada rakan sebayanya.
g. KGND yang dibina oleh kata sifat (gapuak, paota, dan pancemeeh) digunakan kepada rakan sebaya yang akrab ketika suasana bergurau.
h. KGND yang dibina oleh nama haiwan dan nama buah lazim digunakan oleh golongan nonintelektual kepada rakan sebayanya. Dapatan juga menunjukkan bahawa KGND ini juga digunakan oleh golongan intelektual usia muda. Dalam suasana netral KGND ini dinilai tidak sopan.
i. KGND yang dibina dengan nama diri lazim digunakan sebagai kategori I oleh perempuan Minangkabau ketika bertutur kepada siapa sahaja dan sebagai kategori II dan III apabila lawan tutur yang usianya lebih muda.
j. KGND yang dibina dengan menggabungkan istilah kekerabatan dan gelar adat/ agama atau dengan nama diri sebagai kategori II dan III boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan dalam pelbagai suasana. Biasanya, KGND ini digunakan kepada lawan tutur yang usianya lebih tua atau kedudukannya lebih tinggi.

Merujuk kepada huraian di atas dapat diketahui bahawa etnik Minangkabau moden mengambil berat status sosial (usia lawan tutur) pemeran sebagai aspek penting dalam bertutur dengan menempatkan lawan tutur sebagai sentral pertimbangan. Dengan menyemak huraian di atas diketahui bahawa domain persahabatan di kalangan etnik Minangkabau tidak hanya membabitkan rakan dalam erti sempit, melainkan rakan beroperasi dalam konteks yang lebih luas . Keadaan ini menyebabkan hubungan peranan antara rakan sering bertindan dan acap menjadi punca pergeseran-pergeseran nilai rasa tuturan yang secara langsung mahupun tak langsung berimpak terhadap norma-norma interaksi. Justeru itulah, kata ganti nama daripada keempat-empat jenis ‘langgam kato’ iaitu ‘kato mandaki’, ‘kato manurun’, ‘kato malereng’, dan ‘kato mandata’ beroperasi pada perilaku menolak rakan di kalangan etnik Minangkabau.

Selain itu, melalui Jadual 1 dan Jadual 2 juga dapat diketahui bahawa pilihan leksikon etnik Minangkabau moden tidak hanya mencakupi perkataan Minangkabau , melainkan juga sudah mencakupi dialek Betawi (gue dan lu), bahasa Indonesia (kami, bapak, ibuk, dll) dan bahasa Inggeris (I, friends, dll). Penggunaan yang demikian menunjukkan bahawa etnik Minangkabau mengalami kontak bahasa sebagai wujud pengaruh budaya luar dan juga menunjukkan sifat kedinamikan daripada etnik Minangkabau sebagai penutur bahasa.

Apalagi bila merujuk kepada ‘makna kehadiran’ kata ganti nama dalam interaksi sosial di kalangan komuniti, yang tidak hanya setakat menjayakan komunikasi, tetapi lebih daripada itu ia boleh mengekalkan hubungan sosial antara komuniti. Justeru itu, KGND dalam perilaku menolak di kalangan etnik Minangkabau bukan hanya berperanan dalam konteks menghargai, bahkan ia menjadi salah satu standard bagi menilai santun tidaknya perilaku menolak.

VI. PERUBAHAN PERILAKU TUTUR ETNIK MINANGKABAU MODEN

Dalam praktiknya, ketepatan penggunaan kata ganti nama menjadi salah satu parameter kesantunan menolak rakan di kalanagan etnik Minangkabau. Ketepatan penggunaan KGND diukur berdasarkan kesesuaian status sosial (hubungan peranan dan usia), jantina, jarak sosial, dan suasana penggunaan. Perempuan tidak dinilai santun ketika menggunakan kata ganti nama diri aden meskipun jarak sosial mereka akrab, namun dinilai sebagai sesuatu yang lazim ketika digunakan oleh lelaki kerana aden sememangnya lebih bersifat maskulin.

Amalan semasa etnik Minangkabau menunjukkan bahawa kecenderungan golongan usia tua dan muda dalam menggunakan kata ganti nama berbeza. Perbezaan itu dapat ditegaskan sebagai berikut.

(1) Golongan tua

Golongan usia tua cenderung menggunakan KGND binaan dibanding KGND khas. Penggunaan KGND khas yang mengandung konotasi makna maskulin atau feminin cenderung disesuaikan dengan jantina, seperti aden digunakan oleh lelaki dan ang dirujukkan kepada lawan tutur lelaki. Penggunaan KGND khas yang kerap digunakan ialah awak kerana dinilai lebih sopan. KGND binaan yang menjadi pilihan bagi golongan usia tua ialah istilah kekerabatan, gelar adat/agama dan gabungan. Pemilihan ini lebih dimaksudkan sebagai upaya bertutur santun atau menjaga air muka lawan tutur sehingga tidak menyinggung perasaan lawan tutur, mengakrabkan hubungan rakan, dan bahkan dapat melanggengkan hubungan rakan. Justeru itu, kata ganti yang digunakan oleh golongan usia ini cenderung memilih bentuk santun ataupun bentuk lazim daripada kod Minangkabau.


(2) Golongan muda

Golongan usia muda cenderung menggunakan KGND khas untuk rakan sebaya, sama ada KGND dalam bahasa Minangkabau atau pun serapan daripada bahasa lain. Justeru itu, kata ganti yang digunakan oleh golongan usia ini cenderung memilih bentuk serapan ataupun bentuk lazim. Pemilihan ini lebih dimaksudkan sebagai upaya memberikan mesej yang berkesan dan mengakrabkan hubungan rakan. KGND yang dibina dengan istilah kekerabatan dan gabungan digunakan kepada lawan tutur yang berusia lebih tua. Pada golongan usia muda, perempuan lebih cenderung menggunakan unsur serapan dibanding lelaki. Selain itu, perempuan usia muda juga kerap menggunakan KGND yang bersifat maskulin, seperti aden untuk kategori I dan ang untuk kategori kedua yang merujuk kepada perempuan.

Untuk mengetahui bagaimana kecenderungan itu diwujudkan oleh etnik Minangkabau, berikut ditampilkan perilaku tutur daripada dua golongan usia tersebut. Perilaku tutur ini juga boleh memperlihatkan perbezaan kecenderungan menolak antara golongan usia tua dan muda.

1. KGND PT32
P2: Lai rang nio, tapi iko baa jae?(menunjuk ke perutnya) Uniang sae nan lai ringan, kaki panjang indak manggarik, kunun lah urang nan sadiang tabedo? (87)
( Ada saya mahu, tapi keadaan saya bagaimana ya?. Kamu sahaja yang ada ringan, kaki panjang tidak bergerak, apalagi saya yang sedang begini?)
2. KGND PT34
L2: Trimo kasih. Iyo mambana den, ndak bisa bisuak do. Labiahan se lah dek abang jo kawan-kawan. Guru tapi lai lo ka tibo. Sakali lai, Insya Allah kami tibo (94)
( Terima kasih. Iyo membenar saya, tidak bisa besok. Lebihkan sahaja oleh abang dan kawan-kawan. Guru tetapi ada pula akan tiba. Sekali lagi, Insya Allah kami tiba)
3. KGND uni pada PT60
P1: Ndak ado doh. Uni coret tu asal ado se. Mangarang indah senyo.(157)
(Tidak ada. Uni menulis asal ada sahaja. Megarang indah sahaja)
4. KGND PT9
L2: Iyo..iyo..., den ka mambaco a, angku mamakak se. (18)
(Iya... iya..., saya akan membaca, kamu ribut sahaja)
5. KGND PT38
P2: Lu kecek banyak pitih gua (102)
( Kamu cakap banyak wang saya)
6. KGND uni pada PT71
P2: E....hei, yo. Lah deadline baru basuruah. Karajo bagageh tu den ndak bisa (183).
(E...hei. Sudah habis masa baru disuruh. Kerjaya yang tergegsa itu saya tak boleh)

Perilaku tutur 1-3 digunakan oleh golongan tua (> 30 tahun) yang merupakan rakan kerjaya yang akrab. Contoh 1 merupakan penolakan yang dilakukan oleh P2 (36tahun) kepada rakan sebayanya P1 (37 tahun). KGND yang digunakan untuk orang I ialah urang, sedangkan untuk KGND orang ke II ialah uniang. Contoh kedua merupakan penolakan yang dilakukan oleh L2 (43 tahun) yang menolak undangan L1 (43 tahun). Pada contoh kedua, KGND orang I yang digunakan ialah den dan kami, KGND orang II ialah abang, dan KGND ke III ialah kawan-kawan dan guru. Contoh ketiga dilakukan oleh P1 (58 tahun) yang menolak permintaan P2 (44 tahun). P1 menggunakan uni sebagai KGND pertama.

Perilaku tutur 4-6 digunakan oleh golongan muda (<>

1 komentar:

  1. apa beza antara sosiolinguistik dan sosiopragmatik? apa faktor-faktor yang memberi perbezaan terhadap kedua-dua konsep ini?
    diharpkan pengkaji dapat menjelaskan persoalan ini.

    BalasHapus